X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin yakin sinar lebih cerah menanti rakyat Malaysia

Muhyiddin Yassin
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin ada sinar yang lebih cerah menanti seluruh rakyat Malaysia untuk tahun 2021.

Jelas beliau, Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengunjurkan tempoh masa selama empat hingga lima tahun diperlukan dalam usaha dunia mengawal Covid-19 dengan efektif.

Menurutnya, dari segi ekonomi, IMF World Economic Outlook 2021 pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2021 adalah sekitar 5.4 peratus.

"Sementara, Bank Dunia dan Bank Negara Malaysia (BNM) juga mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang antara 6.5 hingga 7.5 peratus.

"Apa yang pasti, unjuran optimistik ini menunjukkan bahawa ada sinar yang lebih cerah menanti kita semua pada tahun 2021.

"Dengan unjuran-unjuran positif ini, kerajaan akan menggembleng usaha untuk memulihkan situasi di Malaysia sebaik dan secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Sambutan Tahun Baharu 2021 yang bertemakan Bersemangat Melangkah Ke Tahun Baharu 2021 pada Khamis.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!