Jerebu: PM Thailand, gabenor Bangkok beri keterangan di mahkamah

keadaan kota Bangkok yang dilanda Jerebu.
keadaan kota Bangkok yang dilanda Jerebu.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha, Gabenor Bangkok Aswin Kwan-muang, serta anggota Lembaga Alam Sekitar Kebangsaan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah hari ini berhubung krisis jerebu tebal di Bangkok.

Menurut laporan akhbar The Nation, Mahkamah Pentadbiran Pusat dijangka akan menyoal siasat pegawai terbabit sebagai respons terhadap aduan yang dibuat Persatuan Hentikan Pemanasan Global dan kira-kira 41 penduduk Bangkok.

Kesemua mereka didakwa bersikap cuai dan tidak bertindak tegas dalam menangani krisis tersebut.

Pihak pihak berkuasa Thailand mengarahkan ratusan sekolah dan beberapa perniagaan ditutup sejak beberapa minggu lalu, akibat mutu udara di Bangkok yang terus bertambah buruk.

Terdapat juga aduan masalah pernafasan disebabkan oleh pencemaran udara.

Meskipun keadaan jerebu di Bangkok dilaporkan beransur pulih, masalah itu kini menjejaskan kawasan-kawasan lain termasuk Khon Kaen, sebuah wilayah utama di kawasan timur laut Thailand. - CNA

Artikel Berkaitan: