X

Kindly register in order to view this article
!

Hujan lebat dijangka di beberapa negeri hingga Sabtu

Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan lebat di beberapa negeri mulai esok. (Gambar hiasan)
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah mulai esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan berkenaan dalam kenyataan pada Rabu menyatakan, hujan lebat itu akan melibatkan kawasan Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang); dan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi (Johor).

Hujan di semua kawasan ini akan berlanjutan hingga Sabtu ini.

Selain itu, hujan lebat juga dijangka berlaku selama dua hari di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu di Terengganu, selain seluruh Kelantan mulai Jumaat ini.

Di Sabah pula hujan lebat dijangka berlanjutan sehingga esok melibatkan kawasan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan,Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Turut dijangka mengalami hujan lebat hingga esok ialah Labuan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!