Seimbangkan keperluan hari ini dan hari esok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEBELUM ini hangat isu mengenai i-Sinar dan ramai tak puas hati sebab mereka tak dapat keluarkan wang mereka dari Akaun 1 kerana bukan dalam kategori yang layak.

KWSP sebenarnya dana persaraan dan jaminan kehidupan pencarum untuk masa depan, bukannya untuk masa kini.

Simpanan hari tua ini penting, cuba anda bayangkan kalau kita tak menyimpan secara caruman gaji ini boleh ke kita sendiri nak menyimpan? Mungkin ramai yang tak dapat mendisiplinkan diri untuk membuat simpanan sendiri, betul tak?

Memanglah betul duit caruman itu adalah duit simpanan kita, tapi kena ingat simpanan ini untuk hari tua, hari bila kita semua sudah tak larat bekerja atau dah bersara.

Masa dah pencen kita dah tak ada sumber pendapatan, jadi duit simpanan persaraan inilah yang akan dapat tolong kita untuk menyara diri.

Kita mesti tak mahu jadi macam rakyat kat sesetengah negara luar – mereka terpaksa kerja sama lanjut usia sebab tiada simpanan untuk hari tua mereka. Kesiankan sebab ketika masanya kita berehat, beribadat dan habiskan masa dengan keluarga tapi masih kena perah tulang empat kerat untuk cari rezeki lagi.

Hari tua nanti, kalau tak ada simpanan hari tua ini mungkin kita kena bekerja lagi. Dah tua nanti nak kerja pun susah, dah sakit-sakit badan, faktor umur susah orang nak ambil bekerja.

Tak dapat nak nafikan sekarang kita tengah susah dan sengsara kerana ramai hilang kerja, pendapatan terjejas dan duit tak cukup sebab pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Kita cuma terfikir jalan penyelesian hanya keluarkan duit simpanan bersara kita... Tapi sebaik-baiknya kita cuba ikhtiar cara lain dulu macam manfaatkan sebaiknya segala bantuan yang kerajaan dah berikan.

Walaupun kita tengah susah sekarang, kita tak boleh lupa pasal kehidupan masa depan nanti, masa hari tua kita.

InsyaALLAH perjalanan hidup kita masih jauh dan panjang; banyak lagi cabaran serta dugaan yang kita akan tempuhi maka memilih untuk sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik daripada mencurahkan air dalam tempayan sebelum hujan datang.