Lampard berang Chelsea tewas

Frank Lampard menenangkan pemain Chelsea, Reece James, selepas perlawanan berkenaan.
Frank Lampard menenangkan pemain Chelsea, Reece James, selepas perlawanan berkenaan.
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard mengakui dirinya berang dengan kekalahan 1-3 skuad kendaliannya itu kepada Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Erimates awal pagi tadi.

Menurut Lampard, dia nyata kecewa dengan kekalahan berkenaan yang turut menyaksikan aksi hambar kesebelasan pemain yang turut gagal menyempurnakan peluang yang diperolehi pada perlawanan berkenaan.

Katanya, biarpun kesebelasan pemain dilihat telah cuba beraksi sebaik mungkin, namun ia dilihat masih belum cukup bagus untuk skuad The Blues itu mencatatkan kemenangan.

“Saya marah kerana saya mahu kita memenangi perlawanan kerana ia memberikan peluang untuk kita mencabar kedudukan kedua (dalam carta EPL).

“Arsenal sebenarnya sebuah pasukan yang ‘bahaya’ dan apabila anda hanya memberikan aksi sebanyak 60 hingga 70 peratus, anda tidak akan memenangi apa-apa perlawanan.

“Saya akan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di luar, tetapi pemain juga perlu bertanggungjawab atas kekalahan ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Tammy Abraham berjaya merapatkan jurang gol buat Chelsea apabila menjaringkan gol pada minit ke-85, namun ia belum cukup untuk menyekat kemenangan Arsenal yang lebih dahulu meledak jaringan menerusi Alexandre Lacazette pada mint ke-34, Granit Xhaka (min-44) dan Bukayo Saka pada minit ke-56.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Chelsea jatuh pada kedudukan ketujuh EPL dengan 25 mata, hasil tujuh kemenangan, seri empat kali dan tewas empat kali daripada 15 perlawanan setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Sekali gus menyaksikan skuad The Blues itu kini terpaksa terus bersaing dibelakang kelompok pasukan seperti Leicester City, Manchester United, Manchester City dan Aston Villa dalam usaha mencabar pendahulu EPL ketika ini, Liverpool.

Sementara itu Lampard menyifatkan skuad kendaliannya itu terlalu banyak melakukan kesilapan pada perlawanan berkenaan hingga menyumbang kepada kekalahan pasukan.

“Kita banyak melakukan kesilapan dan walaupun kita cuba bangkit pada babak kedua, ia sudah terlalu lewat,” katanya.