Kerajaan wajar wujudkan RCI siasat isu kartel daging: PKABS

Antara laporan muka depan Sinar Harian berkaitan isu kartel daging haram.
Antara laporan muka depan Sinar Harian berkaitan isu kartel daging haram.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan Anak Bersatu Selangor (PKABS) bersetuju pihak kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu kartel daging.

Pengerusinya, Rahmadin Alimuddin berkata, perkara tersebut perlu disiasat sebaiknya kerana isu logo halal palsu membimbangkan umat Islam di negara ini.

Menurutnya, siasatan juga dapat memastikan pembekal daging beku mengikut piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia sebelum menjualnya di pasaran.

“Saya berharap pihak yang menyiasat isu daging kartel dapat menyelesaikan isu ini dengan adil supaya rakyat Malaysia tidak ragu dengan daging beku yang berada di pasaran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Terdahulu, Rahmadin dan Presiden Gagasan Baru Harapan Malaysia (GBHM), Mohd Zulfitri Mohd Basir telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta pihak tersebut menjalankan siasatan berkenaan kes kartel daging import haram di Senai, Johor awal Disember lalu.

Penyerahan memorandum tersebut meminta pihak berkuasa mendedahkan kartel yang terlibat dalam sindiket itu selain meminta penjelasan daging tersebut boleh terlepas daripada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: