IWK sedia bekerjasama siasat punca kemalangan di loji rawatan kumbahan

Tiga kontraktor pembersihan maut dipercayai terhidu gas beracun di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam semalam. - Foto Ihsan JBPM KL
Tiga kontraktor pembersihan maut dipercayai terhidu gas beracun di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam semalam. - Foto Ihsan JBPM KL
A
A
A

SHAH ALAM - Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd akan memberi kerjasama dalam membantu siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan yang mengorbankan nyawa tiga kontraktor di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 1 (KLR 348), Jalan Pantai Permai 1, Pantai Dalam pada Jumaat.

IWK dalam kenyataan dikeluarkan berasa kesal terhadap kemalangan tersebut kerana setiap prosedur berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja telah dijalankan dengan teliti sebelum menjalankan tugasan operasi.

Oleh itu, pihak IWK mengucapkan takziah kepada keluarga pekerja kontraktornya yang terkorban ketika menjalankan tugas operasi di ruang terkurung di Pantai Dalam.

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.
Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

Seramai tiga orang pekerja kontraktor IWK maut yang terdiri daripada dua warga tempatan dan seorang warga Bangladesh, manakala tiga lagi terselamat selepas terhidu gas ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan pada petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kontraktor pembersihan maut dipercayai terhidu gas beracun

Artikel Berkaitan: