Zip dompet terlekat celah gigi

Zip dompet terlekat pada celah gigi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Bagan Serai pada Jumaat. Foto: ihsan bomba
Zip dompet terlekat pada celah gigi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Bagan Serai pada Jumaat. Foto: ihsan bomba
A
A
A

BAGAN SERAI - Gara-gara bermain dompet milik ibunya, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terpaksa diselamatkan bomba apabila zip beg itu terlekat celah gigi dalam kejadian di Taman Wawasan Indah, Lembah Beriah di sini pada Jumaat.

Kejadian sekitar jam 11.50 pagi itu menyebabkan ibunya panik dan bertindak menghubungi Balai Bomba bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Borhan Sahabuddin berkata, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dan unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

Zip dompet terlekat pada celah gigi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Bagan Serai pada Jumaat. Foto: ihsan bomba
Zip dompet terlekat pada celah gigi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Bagan Serai pada Jumaat. Foto: ihsan bomba

“Anggota bomba menggunakan alat khas untuk mengeluarkan zip dari celah gigi mangsa. Operasi dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan.

“Mangsa tidak menangis sepanjang operasi itu manakala gigi dan gusi tidak cedera setelah berjaya dikeluarkan. Dompet itu diserahkan kembali kepada ibu mangsa,” katanya.

Menurutnya, anggota mengambil masa 10 minit dan operasi ditamatkan pada jam 12.37 tengahari.