X

Kindly register in order to view this article
!

Dompet kita tidak sebesar Kanada: Khairy

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A

PUTRAJAYA - Kedudukan kewangan Malaysia tidak sebesar negara maju seperti Kanada yang mampu membeli vaksin Covid-19 lima kali ganda populasi negara itu.

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setiap rundingan dibuat secara berhemah.

"Dompet kita tidaklah sebesar itu," katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Menurutnya, kerajaan sedar ada pihak yang mempersoalkan penerimaan vaksin tersebut pada suku pertama tahun hadapan susulan Singapura menjadi negara pertama di Asia menerima vaksin buatan Pfizer-BioNtTech pada Isnin lalu.

"Kita tidak terlalu cepat tetapi bukan perlahan sangat," katanya.

Beliau berkata, Singapura telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal lebih awal berbanding Malaysia.

"Singapura kemampuan adalah berbeza dengan kita.

"Indonesia pula mendapat vaksin Sinovac kerana negara itu dipilih sebagai lokasi ujian klinikal fasa ketiga," katanya.

Khairy berkata, kerajaan mengambil masa untuk mendapatkan terma perjanjian yang sebaik mungkin.

"Jikalau itu menyebabkan perbezaan masa dua bulan (bagi mendapatkan vaksin), saya rasa ia munasabah," katanya.

Malaysia dijangka menerima 1 juta dos vaksin keluaran Pfizer-BioNtTech pada Februari depan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!