Nadma tambah baik SOP banjir

Aminuddin (dua dari kanan) memberi penerangan kepada Muhyiddin semasa sesi lawatan ke PPS SK Gual Tinggi, Rantau Panjang pada Selasa.
Aminuddin (dua dari kanan) memberi penerangan kepada Muhyiddin semasa sesi lawatan ke PPS SK Gual Tinggi, Rantau Panjang pada Selasa.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dalam prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh pengurusan banjir yang sedang melanda beberapa negeri ketika ini.

Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, penambahbaikan itu bagi memastikan rantaian pandemik Covid-19 dapat diputuskan dengan sebaik mungkin.

"Penambahbaikan itu merangkumi penyediaan makanan di mana Nadma akan mewujudkan satu pusat masakan yang lebih sistematik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang pada Selasa.

Aminuddin berkata, pusat itu akan bertindak sebagai lokasi utama penyediaan makanan sebelum diedarkan kepada mangsa banjir bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19.

Katanya, setakat ini Nadma berpuas hati dengan komitmen yang diberikan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan banjir di saat negara berdepan Covid-19.

Muhyiddin (tiga dari kanan) dan Aminuddin (empat dari kanan) bergambar bersama kepimpinan tertinggi Kelantan dan petugas di PPS SK Gual Tinggi, Rantau Panjang.
Muhyiddin (tiga dari kanan) dan Aminuddin (empat dari kanan) bergambar bersama kepimpinan tertinggi Kelantan dan petugas di PPS SK Gual Tinggi, Rantau Panjang.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, selain itu, penambahbaikan terutama dalam aspek komunikasi di kawasan pedalaman akan turut dilakukan bagi memastikan gerak kerja menyelamat pada musim banjir berjalan lancar.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, penambahbaikan itu akan disegerakan sejurus banjir mulai surut.

"Bila berlaku banjir kebanyakan sistem telekomunikasi di kawasan itu akan terjejas sekaligus merumitkan proses perhubungan.

"Oleh itu, kita mohon pihak berkaitan khususnya syarikat pengendali telco menempatkan pusat kawalan mereka di tempat bebas banjir sekaligus jaringan perhubungan dapat terus berjalan seperti biasa," katanya.