Pemuda Pakistan dikhuatiri lemas

Pihak polis,bomba dan APM terus mencari mangsa.
Pihak polis,bomba dan APM terus mencari mangsa.
A
A
A

DUNGUN - Kegembiraan sekumpulan pemuda warga Pakistan yang mandi-manda di Pantai Petak, Paka bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka hilang dibawa arus.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang tadi, Muhammad Bilal, 25, dikhuatiri lemas selepas beberapa kali dipukul ombak besar sebelum tenggelam di dasar laut.

Sebelum kejadian, mangsa yang baharu tiba dari Kuala Lumpur dikatakan begitu bersungguh mengajak rakan-rakannya untuk mandi di pantai berkenaan.

Rakan mangsa yang panik dan takut dengan musibah secara tiba-tiba itu segera naik ke darat meminta pertolongan penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Selepas kejadian itu, empat rakan mangsa segera ke Balai Polis Paka untuk membuat laporan.

"Gerakan mencari menyelamat segera dilakukan membabitkan anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam(APM)," katanya.

Sehingga jam 6 petang, usaha mengesan mangsa masih gagal.

Artikel Berkaitan: