Gempa bumi kuat berhampiran pantai timur Honshu di Jepun

A
A
A
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada jam 1.23 pagi pada Isnin (waktu di Malaysia).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, gempa itu berlaku kira-kira 104 kilometer (km) timur laut dari Hachinohe, Jepun.

Bagaimanapun katanya, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Artikel Berkaitan: