Adakan 'private party' di rumah tumpangan

Serbuan yang dijalankan polis ke atas sebuah rumah tumpangan di Pontian yang mengadakan 'private party' pada Jumaat.
Serbuan yang dijalankan polis ke atas sebuah rumah tumpangan di Pontian yang mengadakan 'private party' pada Jumaat.
A
A
A

PONTIAN - Polis terpaksa memecahkan pintu premis sebuah rumah tumpangan yang dipercayai mengadakan 'private party' di daerah ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, bertindak atas maklumat orang awam, polis telah menyerbu rumah tumpangan terbabit kira-kira jam 9.40 malam.

"Semasa serbuan dilakukan, didapati premis terbabit dalam keadaan malap dan terdapat pelanggan berhibur sambil minum minuman keras dalam keadaan pintu premis berkunci.

"Setelah memperkenalkan diri, polis mendapati semua pengunjung melarikan diri ke bahagian belakang premis dan pihak polis telah mengambil tindakan memecahkan pintu premis terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurut Mustafa, lima lelaki dan dua wanita tempatan berusia 40 hingga 60 tahun yang berada di dalam premis bersama barang rampasan seperti speaker, lampu disko dan wang tunai sebanyak RM200 dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

"Pemilik premis ditahan atas kesalahan menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan( EHDTH) 4/98 Johor.

"Pengunjung pula telah dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.

Artikel Berkaitan: