Lori terbabas, pemandu cedera

Anggota bomba membantu mengeluarkan pemandu lori yang tersepit dalam nahas jalan raya di kilometer 26.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di laluan Kulai ke Senai, pagi tadi.
Anggota bomba membantu mengeluarkan pemandu lori yang tersepit dalam nahas jalan raya di kilometer 26.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di laluan Kulai ke Senai, pagi tadi.
A
A
A

KULAI - Seorang pemandu lori cedera selepas lori yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Kilometer 26.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di laluan Kulai ke Senai, pagi tadi.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan ( PBK) II, Azizan Azis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan kenderaan yang membawa muatan makanan sejuk beku itu pada jam 8.12 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kulai ke lokasi kejadian.

Pemandu lori terlibat kemalangan di kilometer 26.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di laluan Kulai ke Senai, pagi tadi di bawa ke hospital untuk rawatan.
Pemandu lori terlibat kemalangan di kilometer 26.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di laluan Kulai ke Senai, pagi tadi di bawa ke hospital untuk rawatan.

"Ketika anggota bomba tiba, seorang mangsa didapati tersepit di bahagian pemandu. Pasukan Keluaran Operasi (PKO) berusaha mengeluarkan mangsa berusia 24 tahun itu.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan di hantar ke Hospital Kulai menggunakan ambulan dan operasi tamat pada jam 8.54 pagi.

Artikel Berkaitan: