Raja Bahrin simpati dengan ahli Pas

Raja Bahrin
Raja Bahrin
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Amanah Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yakin ahli Pas yang ada aliran persefahaman dengan mereka akan memperbetulkan parti itu dari dalam.

Dakwanya, Pas kini makin lari dari landasan perjuangan dan menjadi tanggungjawab ahli parti berkenaan untuk memperbetulkan keadaan.

Menurutnya, biarlah beliau dan beberapa bekas pemimpin Pas lain mengorbankan diri diusir dari parti itu dan dituduh pengkhianat asalkan kesedaran dan kebenaran muncul selepas tiga tahun.

"Kain rentang terpapar gambar saya dengan perkataan 'pengkhianat' di pasang merata kawasan di Kuala Terengganu yang ketika itu kita sedang cuba menyedarkan ahli Pas apa yang sedang berlaku di dalam parti di antara Pas dan Umno.

"Keluarga saya amat tertekan pada masa itu. Saya maafkan pihak terlibat kerana mereka tidak tahu perkara yang diselindungi pimpinan atasan parti yang sedang 'mabuk cinta' dan 'gelap mata' dengan kekayaan Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Apa yang penting katanya, ahli-ahli Pas kini sedar apa yang di lakukan pimpinan mereka hari ini.

"Saya tidak pernah memutuskan silaturahim dengan saudara Pas, sahabat lama yang saya masih ziarahi dan tegur sapa.

"Kalau kami di tuduh berbagai tomahan kerana dikatakan dari golongan profesional 'liberal', bagaimana pula golongan Ustaz Pas seperti Dr Muhd Atiullah bersama 40 orang Ustaz Pas lain termasuk menantu Haji Hadi sendiri Ustaz Zaharuddin, yang hadir majlis pendedahan Nik Abduh dan menyatakan tidak bersetuju terima wang Umno, dakwanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru beliau bersimpati dengan ahli Pas kerana mereka berkorban banyak harta benda dan tenaga serta taat kepada pimpinan yang tidak terus-terang dalam banyak isu.

"Kami masih menganggap rakan kami dalam Pas sebagai sahabat se-Islam dan saya sanggup melupakan tuduhan liar mereka kerana mereka tidak diberi tahu perkara yang sebenarnya,", katanya.