X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM siasat kes Pas terima dana RM90 juta

A
A

PUTRAJAYA - Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan berhubung kes dana RM90 juta yang didakwa diterima Pas.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, satu laporan telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ia telah dirujuk kepada agensi itu.

"Susulan dakwaan wang sebanyak RM90 juta yang disyaki daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dikatakan dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin Pas, SPRM mengesahkan telah menerima laporan yang disalurkan oleh PDRM, semalam.

Selasa lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menarik balik tuntutan sama terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Tindakan itu diambil selepas Abdul Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes saman tersebut di luar mahkamah, dalam kes yang difailkan di London.

Pada 21 April 2017, Abdul Hadi memafailkan saman fitnah terhadap Clare di Mahkamah Tinggi London berhubung laporan berita Sarawak Report yang dimuatnaik pada 6 Ogos 2016.

Dalam laporan tersebut, Presiden Pas itu didakwa menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti bagi menyokong BN dan Umno.