Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Tun Rahah

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tun Rahah Mohamed Noah yang telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah yang merupakan balu kepada Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein dan berharap seluruh keluarga Rahah sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut satu kenyataan menerusi Instagram Istana Negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Tun Rahah meninggal dunia
Allahyarhamah, yang juga ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggal dunia ketika dalam rawatan di sebuah hospital swasta di sini.
Al-Sultan Abdullah berkesempatan berangkat menziarahi Allahyarhamah di hospital tersebut pada Khamis.
Rahah, 87, berkahwin dengan Abduk Razak pada 4 September 1952 dan dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Datuk Seri Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam serta Datuk Mohamed Nazim. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Belanjawan 2027 perkukuh pemuliharaan alam
15 Oktober 2026 07:32pmPeruntukan pembangunan negeri perlu ikut formula bukan politik - Ahmad Samsuri
15 Oktober 2026 07:05pmCadangan hadkan tempoh jawatan PM dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja
15 Oktober 2026 06:59pmJerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
15 Oktober 2026 06:56pmPenuntut wanita ditemukan maut di blok asrama universiti
15 Oktober 2026 05:08pm'Terkejut tengok dalam akaun bank masuk wang RM1 bilion'
15 Oktober 2026 04:51pmPRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
14 Oktober 2026 08:29pmKeluarga lapor polis selepas restoran sebar CCTV anak tak bayar bil makanan
15 Oktober 2026 10:15am- Iklan -- Iklan -
