Nur Aimi diberikan alat bantuan pernafasan

Laporan Sinar Harian semalam berhubung kejadian kemalangan yang membabitkan Nur Aimi Nadiah bersama tiga anak lelakinya di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang.
Laporan Sinar Harian semalam berhubung kejadian kemalangan yang membabitkan Nur Aimi Nadiah bersama tiga anak lelakinya di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang.
A
A
A

IPOH - Ibu kepada tiga kanak-kanak lelaki yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang di sini pada Rabu diberikan alat bantuan pernafasan.

Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, yang kritikal dalam nahas itu masih tidak sedarkan diri akibat pendarahan serius termasuk patah tulang rusuk.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, mangsa terpaksa ditidurkan sementara menunggu keadaannya stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik maut, ibu parah

Katanya, pembedahan ke atas Nur Aimi hanya dilakukan selepas keadaannya dipastikan benar-benar stabil.

"Mangsa mengalami pendarahan dalaman terutama di bahagian hati dan keadaannya kini dipantau rapi pasukan perubatan.

"Buat masa sekarang, mangsa masih tidak sedarkan diri dan diberi bantuan alat pernafasan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, tiga anak lelaki Nur Aimi, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy berusia setahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas menghabiskan cuti di Melaka sebelum kereta jenis Perodua Axia dipandu Nur Aimi hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Pilu seorang ayah hilang tiga anak sekelip mata

Ibu belum tahu tiga anak sudah tiada

Tiga beradik disemadi dalam satu liang lahad

Terbayang arwah cucu