Ahmad Zahid sedia jadi saksi isu kapal LCS

Datuk Seri Ahmad Zhaid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Zhaid Hamidi
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan menjadi saksi apabila dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua Littoral Combatant Ship (LCS) bernilai RM9 bilion.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada PAC mengenai apa-apa maklumat berhubung perkara terbabit.

“Mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC.

“Saya sepenuh hati menyokong pendedahan PAC dan semoga ketelusan siasatannya diketahui umum,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu kapal LCS: PAC akan panggil Ahmad Zahid

Terdahulu, PAC memaklumkan mereka akan memanggil Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Pertahanan awal bulan depan bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua LCS.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, turut akan dipanggil pada prosiding jawatankuasa itu adalah bekas panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan kontraktor utama projek kapal LCS, Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.

Menurut Ahmad Zahid, LCS dibina oleh anak syarikat Boustead Holdings Berhad iaitu BNS.

“Yang mana pemegang saham terbesarnya adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menerusi Boustead Holdings Berhad,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: