‘Tabik spring’ Antoine Griezmann!

Antoine Griezmann
Antoine Griezmann
A
A
A

MERAK Jalanan beri ‘tabik spring’ kepada Antoine Griezmann.

Pujian harus diberikan kepada pemenang Piala Dunia 2018 dan bintang Barcelona itu atas pendiriannya untuk menamatkan perjanjian komersial bersama Huawei yang didakwa terbabit dengan pengawasan terhadap Muslim Uighur di Xinjiang.

Merak Jalanan percaya, keputusan Griezmann untuk tidak ‘bersekongkol’ dengan syarikat telekomunikasi gergasi China itu sebagai tindakan yang tepat.

Griezmann sendiri mengesahkan perkara itu di akaun Instagramnya beberapa hari lalu, di tengah-tengah kritikan antarabangsa terhadap Beijing berhubung penindasan ke atas etnik Muslim Uighur.

Baru-baru ini, firma kajian pengawasan berpangkalan di Amerika Syarikat, IPVM melaporkan bahawa Huawei terbabit dalam ujian perisian pengecaman wajah di China yang akan menghantar laporan segera kepada polis apabila ia mengenalpasti wajah minoriti Uighur.

Setakat ini, hanya beberapa atlet sahaja yang bersuara berhubung penindasan Uighur di Xinjiang.

Mesut Ozil (Arsenal), Sonny Bill William (All Blacks) dan Khabib Nurmagomedov (UFC) sahaja yang berani menyuarakan pendapat mereka berhubung tindakan keras Beijing.

Tetapi, tindakan Griezmann yang mempunyai ramai rakan beragama Islam terutamanya dalam skuad kebangsaan Perancis boleh dikatakan tindakan yang next level kerana Griezmann tidak teragak-agak untuk memutuskan perjanjian bernilai ribuan ringgit demi memastikan keadilan ditegakkan.

Artikel Berkaitan:

Apa pun, Merak Jalanan berharap lebih ramai lagi atlet mengikut jejak langkah Griezmann untuk menamatkan perjanjian dengan syarikat daripada China sekali gus memberi tekanan kepada Beijing untuk ‘membebaskan’ Muslim Uighur.