Penyerang Charlie Hebdo dihukum penjara

Serangan di pejabat akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo pada 7 Januari 2015, membunuh 12 pekerja dan mencederakan 11 yang lain. - Foto 123RF
Serangan di pejabat akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo pada 7 Januari 2015, membunuh 12 pekerja dan mencederakan 11 yang lain. - Foto 123RF
A
A
A

PARIS - Mahkamah Perancis pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara antara empat tahun hingga seumur hidup kepada 14 individu yang dituduh bersubahat dalam serangan 7 hingga 9 Januari 2015 di wilayah Ile-de-France dan Paris mengakibatkan 17 maut, lapor Agensi Anadolu.

Perbicaraan ke atas 14 individu itu bermula pada 2 September, yang dituduh membantu adik-beradik Cherif dan Said Kouachi serta Amedy Coulibaly, menyerang pejabat akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo pada 7 Januari 2015, membunuh 12 pekerja dan mencederakan 11 yang lain.

Serangan dilakukan berikutan penyiaran kartun kontroversi menghina Nabi Muhammad dan pemimpin Islam yang lain.

Menyusuli serangan itu, adik-beradik Kouachis dan Coulibaly juga membunuh seorang polis wanita dan empat yang lain di sebuah pasaraya, Hyper Cacher. Ketiga-tiga penyerang itu ditembak mati polis sejurus serangan.

Keputusan dijatuhkan Ketua Hakim, Regis de Jorna, kepada 11 tertuduh. Tertuduh utama, Ali Riza Polat, 35, dikenakan hukuman penjara 30 tahun kerana bersubahat dengan jenayah keganasan yang dilakukan oleh Kouachis bersaudara dan Coulibaly.

Riza dikatakan tahu mengenai plot penyerang terbabit dan dikatakan membantu Coulibaly.

Keputusan sepatutnya dibuat pada 10 November lalu tetapi terpaksa ditangguh akibat wabak Covid-19 dan Riza turut dijangkiti penyakit itu.

Minggu lalu, Peguam Negara menuntut hukuman tegas dan adil berhubung kes berkenaan selain memohon mahkamah mengenakan penjara seumur hidup terhadap Riza Polat, lelaki rakyat Perancis berketurunan Turki yang dikatakan membantu merancang dan logistik, membekalkan senjata serta membiayai serangan.

Artikel Berkaitan:

Menurut laporan Anadolu, isteri Coulibaly dan Hayat Boumeddiene dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dengan tempoh parol selama dua pertiga daripada hukuman kerana didakwa terbabit dengan pelakuan jenayah ganas serta membiayai serangan di Pasaraya Hyper Cacher.

Boumeddiene didakwa tanpa hadir dan dikatakan melarikan diri ke Syria.

Mahkamah Assize institusi kehakiman tunggal di Perancis yang melaksanakan perbicaraan menggunakan sistem juri. Seramai 144 saksi terbabit dalam perbicaraan sejak tiga bulan lalu, termasuk mereka yang terselamat dalam serangan selain 14 saksi pakar. - Bernama