Bekalan air di Sabak Bernam pulih sepenuhnya

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SABAK BERNAM - Semua 38 kawasan di Wilayah Sabak Bernam yang terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penggantian dan pemasangan injap menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 2 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri berkata, Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air bermula jam 10 pagi semalam.

Menurutnya, Air Selangor menyarankan pengguna mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran-saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram, serta laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Sebelum ini, sebanyak 38 kawasan di wilayah Sabak Bernam mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai 10 pagi semalam.

Gangguan bekalan air berlaku berikutan pelaksanaan kerja penggantian enam unit injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang dan pemasangan satu injap baharu di Parit 13, Sungai Panjang.

Artikel Berkaitan: