Jokowi tawar diri jadi individu pertama disuntik vaksin Covid-19

Joko Widodo
Joko Widodo
A
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menawarkan dirinya untuk menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 yang akan diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat negara itu.

“Saya secara peribadi akan menjadi penerima pertama yang akan meningkatkan kepercayaan masyarakat bahawa vaksin tersebut selamat,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di YouTube pada hari ini.

Indonesia dikatakan merancang untuk memberikan suntikan vaksinasi tersebut kepada golongan muda berbanding negara lain yang mengutamakan golongan warga emas untuk mendapatkan vaksin terbabit.

Pengarah di Institut Eijkman untuk Biologi Molekul di Jakarta, Amin Soebandrio berkata, sasaran mereka adalah imuniti kelompok (herd immunity) yang berusia antara 18 dan 59 tahun serta petugas barisan hadapan.

Selain itu, ia juga akan mengutamakan individu yang banyak melakukan perjalanan atas faktor kerja dan wilayah yang mencatatkan jumlah kes jangkitan tertinggi.

Pemerintah menyasarkan 246 juta dos vaksin akan diberikan kepada golongan imuniti kelompok berjumlah seramai 107 juta orang atau 67 peratus daripada sasaran kumpulan 18-59 tahun.

Kaji selidik dilakukan pemerintah pada September lalu, kira-kira 65 peratus responden menyatakan kesediaan mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: