Jangan tinggalkan sunnah, al-Quran...

Syeikh Muhammad Abd Nabi (tengah) bersama pengurusan MTIS dan graduan Pensijilan al-Quran yang diraikan.
Syeikh Muhammad Abd Nabi (tengah) bersama pengurusan MTIS dan graduan Pensijilan al-Quran yang diraikan.
A
A
A

KUANTAN - Umat Islam disaran agar terus istiqamah bersama al-Quran dalam mendepani ancaman fitnah yang berleluasa dewasa ini.

Pensyarah Maahad Qiraat Al-Azhar, Syeikh Muhammad Abd Nabi Al-Muqri berkata, masalah fitnah dan segala ancaman dihadapi umat Islam hari ini hanya dapat diatasi sekiranya umat Islam berpegang al Quran dan sunnah.

“Untuk keluar daripada segala permasalahan ini, tidak lain melainkan dengan berpegang teguh al-Quran dan Sunnah tambahan dalam dunia akhir zaman ini, fitnah berleluasa," katanya.

Ulama al-Quran ini berpesan demikian pada ceramahnya sempena program ilmu dan ziarah di Masjid Darul Fikri, Bera, kelmarin.

Sempena lawatan beliau ke Temerloh dan Bera, Syeikh Muhammad Abd Nabi Al Muqri turut menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Persijilan Al Quran di bawah kendalian Maahad Tahfiz Al Istiqamah (MTIS) Temerloh.

Jemputan khas ini juga bagi meraikan kecemerlangan pembelajaran bagi pelajar-pelajar MTIS yang telah berjaya dalam sesi pembelajaran 2018.

Pada majlis itu, Syeikh Muhammad Abd Nabi Al Muqri mendoakan agar MTIS sentiasa mendapat sokongan dari semua pihak bagi merealisasikan matlamat penubuhan sebuah pusat pendidikan untuk dimanfaatkan semua umat Islam khususnya di sekitar Temerloh.

Pengarah program yang juga Mudir MTIS Zarimi Shubrawi berkata, program meraikan kejayaan pelajar MTIS ini dengan menjemput ulama al Quran itu sebagai antara cara untuk menyuntik semangat para guru selain mencari keberkatan ilmu daripada guru kepada pelajar.

Artikel Berkaitan:

Katanya, keberkatan ilmu sangat penting bagi memastikan kejayaan untuk setiap pelajar.

“Pihak MTIS mengharapkan agar masyarakat terus menyokong dan menyumbang untuk membantu membiayai kos pengurusan maahad ini.

“Sumbangan boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank Islamik Maahad Tahfiz Al Istiqamah : 5560 5751 4858,” katanya.