'Saya tidak pernah gembira dengan satu mata'

Mourinho (tengah) kecewa apabila Spurs sekadar seri 1-1 dengan Palace di Stadium Selhurst Park awal pagi Isnin.
Mourinho (tengah) kecewa apabila Spurs sekadar seri 1-1 dengan Palace di Stadium Selhurst Park awal pagi Isnin.
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengakui tidak gembira apabila pasukannya hanya mampu seri 1-1 dengan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park awal pagi Isnin.

Menurutnya, para pemainnya seperti hilang punca dan membiarkan Palace menguasai perlawanan yang sekali gus memberikan gol penyamaan kepada pasukan tuan rumah itu.

"Saya tidak pernah gembira dengan satu mata kerana setiap perlawanan saya mengharapkan tiga mata penuh. Jika kami gagal, ia kerana usaha keras pasukan lawan dan kami gagal beraksi dengan baik.

"Hari ini saya rasa kami gagal beraksi dengan baik. Ia bukan perkara yang saya harapkan selepas kita berjaya mencatatkan beberapa keputusan positif dalam beberapa perlawanan sebelum ini," katanya.

Spurs terlebih dahulu berada di hadapan menerusi gol Harry Kane pada minit ke-23 sebelum Palace menyamakan kedudukan menerusi Jeffrey Schlupp pada minit ke-81.

Mourinho juga menyifatkan pemainnya tidak beraksi baik terutama pada babak kedua dan hanya memperkemaskan rentak permainan selepas dibolosi gol penyamaan tersebut.

"Saya berpengalaman dalam saingan bola sepak di EPL dan saya telah memberitahu apa yang boleh terjadi jika tidak bermain baik. Malangnya ia benar-benar terjadi.

"Melawan Palace, anda harus menguasai bola. Jika tidak, mereka akan menghantar bola jauh kedalam kotak penalti dan menjaringkan gol. Ia satu mata yang sukar diterima," katanya.

Artikel Berkaitan: