X

Kindly register in order to view this article
!

'Syukur, saya buat yang terbaik demi rakyat'

Tengku Zafrul mengemukakan bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 untuk diluluskan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Selasa. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua pihak selepas Belanjawan 2021 yang dibacakan kali ketiga di Dewan Rakyat diluluskan pada Selasa.

Beliau turut mengulangi keyakinannya terhadap impak positif yang bakal diberikan belanjawan kali ini kepada masyarakat.

Menurutnya, beliau akan berusaha dengan sebaik mungkin bagi memastikan belanjawan yang diluluskan itu akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia.

“Syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak atas sokongan anda dalam menyokong dan meluluskan Belanjawan2021.

“Belanjawan ini adalah untuk kemakmuran kita semua dan dengan izin-NYA. Insya-ALLAH saya akan lakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Terdahulu, Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat selepas bacaan kali ketiga.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan bahawa seramai 111 ahli Parlimen mengundi untuk menyokong, 108 menolak manakala satu tidak hadir dalam pengundian belah bahagi yang dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2021 lulus di Dewan Rakyat


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!