X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Profesor Diraja Ungku Aziz meninggal dunia

Tokoh ekonomi dan pendidikan negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court di sini, hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR- [DIKEMASKINI] Tokoh ekonomi dan pendidikan negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court di sini, hari ini.

Menurut isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran, jenazah Ungku Abdul Aziz 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Allahyarham merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.

Allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar.

Ungku Abdul Aziz merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Tabung Haji dan Angkasa.

Selain itu, beliau merupakan ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara dan pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.

Beliau juga dianugerahkan gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978 dan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara 21 Julai 2002.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!