Bangunan runtuh di Luxor ragut tiga nyawa

Beberapa lelaki berdiri di tepi bangunan yang runtuh di kawasan kediaman di bandar Luxor di selatan Mesir. Ia mengakibatkan seorang pelancong wanita dan dua kanak-kanak warga Mesir terbunuh.
Beberapa lelaki berdiri di tepi bangunan yang runtuh di kawasan kediaman di bandar Luxor di selatan Mesir. Ia mengakibatkan seorang pelancong wanita dan dua kanak-kanak warga Mesir terbunuh.
A
A
A

LE CAIRE - MESIR. Seorang wanita Jerman dan dua kanak-kanak warga Mesir terbunuh pada Selasa apabila sebuah bangunan runtuh di kawasan kediaman bandar Luxor di selatan negara itu, kata seorang pegawai keselamatan kanan kepada AFP.

“Setakat ini terdapat seorang pelancong Jerman meninggal bersama dua kanak-kanak warga Mesir,” kata pegawai itu, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Wanita berkenaan melalui bangunan itu ketika ia runtuh kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan), meninggal dunia akibat kecederaannya sebaik sahaja tiba di hospital, katanya.

Seorang lelaki Jerman yang berjalan bersama wanita itu cedera dan dibawa ke hospital. Hubungannya dengan wanita itu belum dipastikan, menurut sumber perubatan dan pegawai keselamatan lain.

Sekurang-kurangnya 13 orang cedera dan dibawa ke hospital, kata sumber itu. - AFP

Artikel Berkaitan: