Presiden Pas menghadap Sultan Perak

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

IPOH - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini.

Kereta yang membawa Ahli Parlimen Marang itu tiba pada jam 10.50 pagi.

Abdul Hadi diterima menghadap Sultan Nazrin selepas beliau mengutus warkah pada 10 Disember lepas memohon perkenan untuk menghadap baginda bagi menyembah maklum suasana politik yang melibatkan Pas.

Pada Jumaat (11 Disember), Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Nazrin atas kekhilafan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu kerana tidak menghadap baginda sepertimana dititahkan pada 8 Disember lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas akur apa sahaja keputusan Sultan Perak

Ahmad Faizal kemuka nama ADUN Bersatu jadi Exco Perak

Ahmad Faizal nafi bakal anggotai Kabinet

Selain Razman yang juga ADUN Gunung Semanggol, dua lagi wakil rakyat Pas Perak terlibat ialah Mohd Akmal Kamarudin (Selama) dan Mohd Khalil Yahaya (Kubu Gajah).

Artikel Berkaitan:

Dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini, Razman dan Mohd Akmal dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Bagaimanapun, ketika istiadat angkat sumpah jawatan Exco di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 10 Disember lepas, tiada ADUN daripada Pas dalam senarai awal yang dilantik sebagai Exco, sebaliknya hanya melibatkan empat ADUN UMNO dan seorang daripada Bersatu. - Bernama