X

Kindly register in order to view this article
!

Bung Moktar nafi tandatangan SD

Bung Moktar Radin
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sekali lagi menafikan dakwaan bahawa beliau antara 10 Ahli Parlimen UMNO yang mengemukakan akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu berkata, dakwaan yang mengaitkan namanya merupakan spekulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Bung Mokhtar juga mengaku tidak mengetahui perkara itu malah sudah membuat kenyataan bulan lalu bahawa beliau tidak pernah menyokong mana-mana pihak.

"Mungkin pihak tertentu sengaja mahu membuat spekulasi. Saya rasa banyak lagi kerja lain untuk dilakukan khususnya menumpukan kepada masalah rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Ketua UMNOo Sabah berkata, bukan sesuatu yang mudah bagi seseorang pemimpin politik untuk mendapatkan sokongan dalam bentuk SD.

"Kita secara individu tidak pernah menyokong mana-mana pihak termasuk Anwar untuk jadi ketua negara," katanya.

Sehubungan itu, Bung Moktar meminta isu itu dihentikan segera kerana boleh mengelirukan rakyat.

"Walaupun Malaysia negara demokrasi dan media sosial (bebas) untuk disalah guna, hentikan perkara tidak baik yang mengelirukan rakyat.

"Jika benar pihak yang mendakwa itu cukup majoriti, bawa SD itu dan persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tidak perlu buat kenyataan.

"Sesiapa yang ada keyakinan diri, bawa dan menghadap (Yang di-Pertuan Agong). Jangan pula buat permohonan menghadap dengan tangan kosong," katanya.

Semalam, Anwar dikatakan sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menyokongnya.

Sumber yang dekat dengan Ahli Parlimen Port Dickson itu memberitahu bahawa beliau sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk SD.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!