Kawasan Op Pagar 2

A
A
A

Secara keseluruhan kawasan Op Pagar 2, meliputi jajaran sempadan Malaysia-Thailand sejauh 24 kilometer dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Padang Terap dipantau secara terperinci bagi mengesan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata operasi kawalan sempadan di bahagian utara tanah air akan dilaksanakan secara bersepadu termasuk dari segi rondaan kawasan oleh semua agensi keselamatan yang berkaitan, mulai Januari ini.

Beliau menambah langkah itu yang membabitkan tiga agensi iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) adalah antara penambahbaikan yang akan dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan kawalan.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan membina dua pos kawalan terkoordinasi di Padang Terap yang turut melibatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negera jiran bagi mengukuhkan kawalan sempadan di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pameran Ningyo Muzium Negara

No Image Caption
GALERI

Pusat Kebudayaan KDCA Hongkod Koisaan

No Image Caption
GALERI

Keputusan SPM 2023