Pioli gembira prestasi AC Milan

Hauge mengawal bola sambil cuba di asak pemain Sparta Prague.
Hauge mengawal bola sambil cuba di asak pemain Sparta Prague.
A
A
A

PENGENDALI AC Milan, Stefano Pioli mengakui gembira dengan prestasi ditunjukkan skuad kendaliannya setakat ini biarpun tidak diberikan harapan yang tinggi bagi mengharungi musim 2020/21 kali ini.

Menurut Pioli, kejayaan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selaku juara Kumpuan H apabila menewaskan Sparta 1-0 di Generali Arena semalam nyata pencapaian di luar jangkaannya.

Malah katanya, skuad Rossoneri itu turut gah di puncak Serie A ketika ini dengan mengumpul 26 mata setakat ini tanpa sebarang kekalahan.

“Saya sebenarnya selalu memiliki keyakinan sejak awal musim lagi bahawa pasukan ini akan menyerlah kali ini. Ini kerana, saya ada kesebelasan pemain yang serius, saling bekerjasama, bersatu dan sentiasa berkeyakinan.

“Saya juga gembira, bekerja dengan kumpulan pemain yang ‘serius’ di mana tidak memikirkan mengenai keputusan yang bakal diperolehi pasukan, tetapi kami memberikan tumpuan dari segi segi penyediaan pasukan untuk beraksi,” katanya.

Gol tunggal perlawanan hasil jaringan pemain Milan, Jens Petter Hauge pada minit ke-23 menerusi larian solo menarik dari tengah padang, sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan skuad Rossoneri itu.

Kemenangan ke atas Sparta Prague menyaksikan Milan muncul juara Kumpulan H Liga Europa dengan 13 mata hasil empat kemenangan, seri sekali dan tewas sekali daripada enam perlawanan.

Sementara itu, Pioli berkata, pihaknya akan terus mengenang dan memperingati lagenda bola sepak Itali yang juga lagenda AC Milan, Paolo Rossi sebagai pemain yang banyak membantu kejayaan pasukan pada zaman kegemilangannya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selaku pemain, Rossi akan sentiasa membantu rakan-rakan sepasukan dalam usaha memastikan kejayaan pasukan.

“Dia (Paolo) sentiasa ada untuk membantu. Dia sentiasa senyum dan tenang dalam membuat keputusan.

“Di sebalik kejayaannya dalam bola sepak, dia sebenarnya seorang yang 'simple' dan mudah untuk berurusan,” katanya.