Saudara baharu antara 400 individu berkhatan

Muslimin (tengah) bergambar bersama jawatankuasa dan ibu bapa yang mewakili anak-anak pada Majlis Penyerahan Kupon Berkhatan di Dewan Sri Bernam hari ini.
Muslimin (tengah) bergambar bersama jawatankuasa dan ibu bapa yang mewakili anak-anak pada Majlis Penyerahan Kupon Berkhatan di Dewan Sri Bernam hari ini.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Seorang saudara baharu berusia 42 tahun antara 400 peserta yang menerima tajaan kupon berkhatan sumbangan Parlimen Sungai Besar di sini hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya berkata, lelaki itu secara sukarela datang ke Pejabat Ahli Parlimen Sungai Besar dan menawarkan diri untuk berkhatan.

"Individu ini mempunyai kesedaran mahu bersunat kerana keyakinan terhadap aspek kesihatan dan kebersihan, selain percaya boleh mengelak penyakit tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kupon Berkhatan di Dewan Sri Bernam di sini hari ini.

Muslimin yang juga Timbalan Menteri Pendidikan I berkata, sebanyak RM90,000 diperuntukkan bagi menjayakan khatan perdana di Parlimen itu yang dianjurkan berturut-turut sejak tiga tahun lalu.

"Kami akan menaja setiap peserta sebanyak RM180 dengan menggunakan teknik laser. Alhamdulillah, tahun ini kita mendapat penyertaan paling ramai berbanding dua tahun sebelumnya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, proses berkhatan pada tahun ini berbeza kerana dilaksanakan dalam normal baharu mengikut produser operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa bagi mencegah penularan Covid-19.

"Kita telah melantik tiga klinik panel di daerah ini bagi menjalankan proses berkhatan mengikut jadual yang disusun.

Artikel Berkaitan:

"Proses bersunat ini telah bermula hari ini dan berakhir Khamis depan," katanya.