UAE luluskan pendaftaran vaksin China

UAE telah meluluskan pendaftaran rasmi vaksin tidak aktif yang dikembangkan China National Pharmaceutical Group (Sinopharm) di negara itu. Foto 123RF
UAE telah meluluskan pendaftaran rasmi vaksin tidak aktif yang dikembangkan China National Pharmaceutical Group (Sinopharm) di negara itu. Foto 123RF
A
A
A

BEIJING - Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah meluluskan pendaftaran rasmi vaksin tidak aktif yang dikembangkan China National Pharmaceutical Group (Sinopharm) di negara itu.

Kementerian Kesihatan dan Pencegahan UAE mengesahkan perkara itu melalui satu kenyataan pada Rabu. Ini menunjukkan kepercayaan dan akuan pihaknya terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin buatan China itu.

Menurut hasil ujian klinikal fasa tiga vaksin yang dijalankan oleh Sinopharm, kadar keberkesanan anti jangkitan Covid-19 vaksin itu mencatat 86 peratus, kadar tukaran neutralisasi serum antibodi mencatat 99 peratus dan boleh mencegah kes COVID-19 ringan kepada kes sederhana atau kritikal dengan seratus peratus.

Majlis pelancaran ujian klinikal fasa tiga vaksin itu diadakan di UAE pada 23 Jun, diikuti ujian rasmi mula dijalankan pada 16 Julai.

Kira-kira 31,000 sukarelawan dari 125 buah negara dan kawasan yang menetap di UAE menerima suntikan vaksin Sinopharm itu.

Pada 14 September, kementerian kesihatan UAE telah meluluskan penggunaan vaksin Sinopharm itu kepada petugas perubatan di barisan hadapan. -- BERNAMA

Artikel Berkaitan: