Peruntukan Belanjawan 2021 KBS lulus suara majoriti

Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
A
A
A

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diluluskan di Dewan Rakyat pada hari ini.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said sebentar tadi menerusi undian suara majoriti.

Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dilakukan oleh Menteri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Ketika pengumuman Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu, KBS menerima peruntukan berjumlah RM614,136,800.

Artikel Berkaitan: