X

Kindly register in order to view this article
!

DUN Perak ditangguh sehingga Rabu depan

Saarani masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengikuti Persidangan DUN Perak hari ini.
A
A

IPOH - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan sehingga 16 Disember depan.

Penangguhan itu berikutan kedudukan pentadbiran negeri yang menyaksikan kekosongan jawatan menteri besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, penangguhan itu diputuskan selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan Perkara 38(2).

Menurutnya, berdasarkan peruntukan itu, agenda membawa Rang Undang-undang Pembekalan 2021 ke dalam Sidang Dewan tidak dapat diteruskan.

"Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan agenda seterusnya untuk membawa Rang Undang-undang Pembekalan 2021 ke dalam dewan tidak dapat diteruskan berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan Perkara 38(2).

"Berdasarkan kedudukan semasa ini, maka Persidangan akan ditempohkan sehingga 16 Disember 2020 jam 2.30 petang," katanya pada Persidangan DUN Perak di sini hari ini.

ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Amanah turut hadir ke Persidangan DUN Perak hari ini.
ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Amanah turut hadir ke Persidangan DUN Perak hari ini.

Sidang Dewan hari ini diadakan tanpa kehadiran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dan beberapa wakil rakyat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Media sebelum ini melaporkan persidangan tidak dapat diteruskan sekiranya tiada menteri besar dan sekurang-kurangnya empat Exco yang dilantik.

Persidangan DUN Perak sepatutnya berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lalu dengan pembentangan Belanjawan 2021 sebelum bersambung semula hari ini sehingga Jumaat depan.

Jawatan Menteri Besar Perak kosong apabila Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang daripada Bersatu meletak jawatan Sabtu lepas.

Peletakan jawatan itu dibuat selepas beliau gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul undi percaya semasa Persidangan DUN Perak, Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Pas, Bersatu menghadap Sultan Nazrin petang ini

[EKSKLUSIF] Kemelut politik Perak berakhir hari ini?

[EKSKLUSIF] Kemelut politik Perak: Tiga presiden PN bincang esok


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!