Ka Siong sifatkan Peja pemimpin berjiwa besar

Hantaran Ka Siong di Facebook beliau hari ini.
Hantaran Ka Siong di Facebook beliau hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau Peja benar-benar seorang pemimpin berjiwa besar dan 'gentleman'.

Menurutnya, beliau menghormati Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu daripada ucapannya di Dewan Rakyat hari ini dan ucapan terakhirnya sebagai Menteri Besar pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak lalu.

"Semasa mengambil bahagian dalam perbahasan menolak usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) Belanjawan 2021 bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, secara tiba-tiba YB Peja yang Ahli Parlimen Tambun memulakan mukadimah ucapannya.

"Beliau menyebut 'setelah dirujuk oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kemelut politik di Perak telah pun selesai'," katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Ka Siong berkata, ucapan Ahmad Faizal itu menyebabkan dewan bergema dengan laungan 'steady Peja'.

Jumaat lalu, Malaysia dikejutkan dengan kemelut politik Perak apabila Ahmad Faizal terpaksa meletakkan jawatan Menteri Besar susulan kegagalan beliau meraih sokongan majoriti DUN.

Bagaimanapun, beliau bertegas tidak akan mengusulkan pembubaran DUN kerana mengutamakan kepentingan rakyat ketika negara sedang mendepani pandemik Covid-19.

Beliau juga berlapang dada untuk memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang dipilih Sultan Perak sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Artikel Berkaitan: