ADUN Pas, Bersatu menghadap Sultan Nazrin petang ini

laporan Sinar Harian hari ini.
laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

IPOH - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta petang ini.

Pertemuan yang dijangka berlangsung jam 4.30 petang itu bagi menyatakan pendirian kedua-dua parti itu berhubung lantikan Menteri Besar Perak yang baharu dan pembentukan kerajaan negeri.

Selain ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mereka yang mewakili Bersatu ialah Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik), Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) dan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (Titi Serong).

Sementara ADUN daripada Pas pula ialah Razman Zakaria (Gunung Semanggol), Mohd Akmal Kamarudin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah).

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] Kemelut politik Perak: Tiga presiden PN bincang esok

[EKSKLUSIF] Kemelut politik Perak berakhir hari ini?

Semalam, Pas membatalkan hasrat untuk menghadap Sultan Nazrin berikutan kemelut politik yang berlaku negeri itu atas arahan pucuk pimpinan parti.

Bagaimanapun hari ini, Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan mengarahkan semua ADUN daripada parti itu di Perak hadir menghadap setelah menerima titah menghadap Sultan Perak.

Artikel Berkaitan: