Gangguan air: 242 kawasan mula terima bekalan

Sejumlah 242 kawasan telah mula menerima bekalan air hari ini.
Sejumlah 242 kawasan telah mula menerima bekalan air hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah 242 kawasan telah mula menerima bekalan air sepenuhnya selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa dihenti tugas sementara sebelum ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemaskini di laman Facebook sebentar tadi memaklumkan antara kawasan yang pulih melibatkan Petaling (30 peratus); Klang dan Shah Alam (12 peratus); Gombak (7 peratus); Kuala Lumpur (62 peratus) dan Kuala Selangor (94 peratus).

Katanya, pengguna yang telah menerima bekalan dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan pelan pemulihan berjalan lancar seperti dijadualkan.

"Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari masa ke masa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami," katanya.

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan sejumlah 861 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat bakal berdepan gangguan bekalan air berikutan insiden pencemaran di sumber air mentah.

Susulan itu, Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, dan LRA Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3, di sini terpaksa dihenti tugas pada jam 11.30 malam tadi disebabkan pencemaran berkenaan.

Bagaimanapun, LRA Rantau Panjang telah mula beroperasi semula pada jam 3.30 pagi tadi manakala LRA SSP 1, 2 dan 3 pula pada jam 5.00 pagi tadi selepas bacaan bau 0 TON direkodkan.

Artikel Berkaitan: