Buaya, ular ancam penduduk Townsville

Buaya dilihat berkeliaran di bandar Townsville yang kini dilanda hujan lebat berterusan.
Buaya dilihat berkeliaran di bandar Townsville yang kini dilanda hujan lebat berterusan.
A
A
A

CANBERRA - AUSTRALIA. Pihak berkuasa di Townsville di timur laut Australia memberi amaran kepada penduduk supaya berwaspada dengan buaya dan ular di kawasan ditenggelami banjir di negara itu yang disifatkan terburuk berlaku sekali dalam tempoh seabad.

Kakitangan kecemasan dan tentera memaklumkan mereka menerima lebih 1,000 panggilan meminta bantuan dan bot serta helikopter telah digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir ke kawasan lebih tinggi.

"Buaya turut dilihat melintasi jalan. Apabila banjir surut, reptilia boleh muncul secara tiba-tiba di lokasi seperti empangan pertanian," kata Menteri Alam Sekitar Queensland, Leeanne Enoch.

Salah seorang penduduk, Erin Hahn turut berkongsi gambar menunjukkan buaya di kawasan air cetek manakala seekor lagi dilihat memanjat pokok di kawasan ditenggelami banjir.

Sejak minggu lalu, taburan hujan di Townsville telah direkodkan lebih 1 meter atau lebih 20 kali ganda daripada purata setahun yang tidak penah berlaku sebelum ini.

Keadaan itu dijangka berterusan beberapa hari lagi dan sehingga 20,000 rumah kini berisiko tenggelam. - BBC

Artikel Berkaitan: