Kerabat diraja UAE beli kelab bola sepak Israel

Sheikh Hamad Khalifa Al-Nahyan membeli 50 peratus saham kelab bola sepak Israel iaitu Beitar. - Foto Sheikhhamadbinkhalifaalnahyan.com
Sheikh Hamad Khalifa Al-Nahyan membeli 50 peratus saham kelab bola sepak Israel iaitu Beitar. - Foto Sheikhhamadbinkhalifaalnahyan.com
A
A
A

BAITULMUQADDIS - Seorang anggota keluarga diraja Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) membeli 50 peratus saham sebuah kelab bola sepak Israel iaitu Beitar, kata kelab bola sepak itu.

Kelab itu terkenal kerana mempunyai para penyokong yang merupakan anti-Arab.

Anggota keluarga diraja itu, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Nahyan menandatangani perjanjian perkongsian dengan pemilik kelab itu, Moshe Hogeg, kata satu kenyataan daripada Beitar.

Ia menyatakan perjanjian perkongsian yang dimeterai itu sebagai hari yang bersejarah.

Perjanjian itu dimeterai selepas Israel mewujudkan hubungan diplomatik dengan UAE dan Bahrain secara rasmi pada September lalu.

Ia merupakan negara ketiga dan keempat Arab selepas Mesir serta Jordan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Sheikh Hamad membeli kira-kira 50 peratus saham kelab itu dengan nilai sebanyak AS$92 juta (RM374.35 juta) selama 10 tahun, kata kelab berkenaan.

Ia menyatakan anak lelakinya, Mohammad akan mewakili Sheikh Hamad dalam lembaga pengarahnya untuk semua urusan berkaitan dengan kelab berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Kami memimpin kelab ini bersama-sama untuk satu era kewujudan bersama, pencapaian dan persamaan untuk kelab kita, komuniti kita serta sukan Israel," kata Hogeg dalam

satu kenyataan.

Para peminat kelab bola sepak Beitar mempunyai sejarah anti-Muslim dan anti-Arab dengan sebuah kumpulan penyokongnya dikenali sebagai La Familia yang terkenal kerana menentang Nabi Muhammad SAW. - AFP