Kartel daging haram: Tiada daging babi ditemui

Alexander pada sesi waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Alexander pada sesi waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memaklumkan bahawa pegawai penyiasat dalam proses mengumpul bukti-bukti, mengambil keterangan dan rakaman percakapan saksi-saksi berkaitan kes kartel daging import haram di Johor.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, siasatan awal juga mendapati tiada daging babi ditemui di tempat kejadian.

"Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya selepas siasatan selesai untuk tindakan selanjutnya. Kementerian juga bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam isu melibatkan pengimportan produk daging sejuk beku.

"Tindakan penguatkuasaan bersepadu dijalankan bersama dan tindakan kes akan diambil mengikut bidang kuasa agensi masing-masing," katanya pada sesi waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik-Pas) yang meminta kementerian menyatakan perkembangan siasatan dan langkah tegas kerajaan dalam menangani kes kartel daging import haram yang turut memproses daging babi di Senai, Johor baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Alxander berkata, kementerian tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana mana peniaga yang cuba mengambil kesempatan menggunakan perbahasaan halal secara palsu.

Jelasnya, pada ketika ini siasatan sedang di jalankan di bawah Perenggan 8, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

"Mana-mana orang yang memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal, yang bertentangan dengan Perintah ini, dan jika disabit kesalahan, syarikat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000.00 dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut juga akan dijalankan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 sekiranya didapati bahawa sumber produk tersebut adalah diperoleh daripada sumber atau daging yang tidak halal," katanya.