Merkuri tumpah dalam rumah

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Satu merkuri yang disimpan dalam peti simpanan barang lama tumpah menyebabkan tiga penghuni rumah tersebut panik.

Kejadian berlaku pada jam 8 malam ketika ketiga-tiga mangsa berusia antara 20 tahun hingga 60-an itu sedang berada di rumah berkenaan sebelum menyedari merkuri tersebut tumpah.

Mereka kemudian bertindak menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan mengenai kejadian.

Komander Operasi JBPM Balai Pasir Tumboh, El Taraf Mohamed Zachariah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah pada pukul 8.20 malam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala, Peringat, di sini, semalam.

Artikel Berkaitan: