Lambung bayi: Polis tahan suami isteri warga Rusia

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen antara Datuk Mazlan Mansor (kiri) dengan Penyandang Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini. - Foto Bernama
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen antara Datuk Mazlan Mansor (kiri) dengan Penyandang Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah menahan sepasang suami isteri warga Rusia di Jalan Raja Abdullah, di sini, hari ini, gara-gara tindakan melambung bayinya ketika pertunjukan jalanan semasa mengemis di Bukit Bintang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pasangan berusia 28 dan 27 tahun itu ditahan bersama bayi perempuannya berusia 4 bulan kira-kira jam 3.30 petang.

"Penahanan itu dibuat susulan laporan yang diterima pihaknya berhubung tindakan melambung bayi terbabit.

"Kita akan dapatkan tempoh reman pada esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam sidang media di Plaza Tol Duta, di sini, hari ini selepas hadir menyertai Kempen Ops Selamat 14 Sempena Tahun Baharu Cina.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit masuk ke Malaysia pada Jumaat lalu melalui Thailand.

Tegas Mazlan, penahanan ini telah dimaklumkan kepada pihak kedutaan Rusia dan polis akan meneliti lebih lanjut berhubung perkara ini sekiranya terdapat unsur penderaan dan perkara tidak baik pada bayi tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook menunjukkan video berdurasi satu minit 26 saat memaparkan perbuatan berbahaya seorang pelancong yang dilihat menghayun serta melambung seorang bayi yang dipegang di bahagian kaki.

Turut bersama lelaki itu, seorang lagi lelaki dan dua wanita yang sedang bermain muzik.

Artikel Berkaitan:

Biarpun menerusi rakaman itu bayi berkenaan kelihatan teruja dan gembira, bagaimanapun ia dikhuatiri mendatangkan kecederaan selain salah satu bentuk eksploitasi yang melanggar undang-undang.

Sementara itu, mengulas mengenai Ops Selamat 14, Mazlan berkata, dalam tempoh enam hari kempen tersebut, sebanyak 8,353 saman telah dikeluarkan.

Menurutnya lagi, 1,707 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan sepanjang Ops Selamat 14 yang mula dilancarkan pada 29 Januari lalu.