20 ditahan sewa kondominium untuk parti liar

Antara yang ditahan ketika berparti liar di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Antara yang ditahan ketika berparti liar di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 20 individu termasuk seorang wanita yang sedang leka berparti liar di dua unit sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, di sini dikejutkan dengan serbuan polis, awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira jam 1 pagi itu turut membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah termasuk ganja, syabu dan ketamin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan pertama membawa kepada tangkapan lima lelaki dan seorang wanita berusia 21 hingga 27 tahun.

"Hasil pemeriksaan dalam unit tersebut polis menemui pil erimin 5, ganja, syabu, ketamin serta peralatan untuk menghisap dadah.

“Hasil saringan mendapati empat daripada suspek positif dadah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Polis menemui pelbagai jenis dadah yang dipercayai digunakan suspek ketika berparti di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Polis menemui pelbagai jenis dadah yang dipercayai digunakan suspek ketika berparti di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Mohamad Zainal berkata, kira-kira satu jam kemudian, satu lagi serbuan dilakukan di kondominium yang sama dan menahan 14 lelaki tempatan.

Katanya, ujian air kencing juga mendapati 13 daripada yang ditahan itu positif dadah.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, hasil siasatan mendapati parti liar itu dilakukan oleh dua penganjur berbeza. Dipercayai kondominium berkenaan disewa dengan harga RM225 dan RM500 dan ditempah menerusi aplikasi dalam talian.

“Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama,” katanya.