'Tak sangka yang pulang jenazah mereka berdua'

Kedua-dua jenazah tiba di rumah Norain pada jam 5.55 petang untuk disembahyangkan di Kampung Padang Pusing, Pendang hari ini.
Kedua-dua jenazah tiba di rumah Norain pada jam 5.55 petang untuk disembahyangkan di Kampung Padang Pusing, Pendang hari ini.
A
A
A

PENDANG - Bapa mentua kepada penyerang Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25, mengakui beliau seakan tidak percaya mengenai kejadian kemalangan yang mengorbankan isteri dan cucunya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap pagi tadi.

Norain Shahadan, 50, berkata, beliau mengetahui kejadian itu selepas dihubungi besannya, Ahmad Ibrahim, 56, kira-kira jam 6 pagi tadi.

Menurutnya, walaupun masih terkejut dengan kejadian menimpa keluarganya, namun beliau reda.

Pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, (dua, kiri) memeluk jenazah anaknya di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap, hari ini. - Foto Bernama, gambar kiri: Norain Shahadan
Pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, (dua, kiri) memeluk jenazah anaknya di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap, hari ini. - Foto Bernama, gambar kiri: Norain Shahadan

Katanya, kali terakhir beliau dihubungi isterinya, Zainab Wahab, 46, pada dua hari lalu yang memaklumkan akan pulang ke rumah dan membawa cucu baharu, Muhammad Aisy Syaqeef berusia 22 hari.

"Isteri ke rumah menantu di Johor pada Deepavali lalu. Dia terkandas di sana disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Namun hari ini tidak sangka yang pulang adalah jenazah mereka berdua," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Penyerang JDT, Syafiq Ahmad kemalangan, bayi maut

Artikel Berkaitan:

TMJ ucap takziah kepada Syafiq Ahmad

Bapa Syafiq sedih tak sempat jumpa cucu

Difahamkan kedua-dua jenazah akan dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai, Padang Pusing dekat sini petang ini.

Pagi tadi, Sinar Harian melaporkan Muhammad Syafiq yang juga pemain skuad Harimau Malaya terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari.

Suasana kediaman Norain di Kampung Padang Pusing, Pendang dekat sini hari ini.
Suasana kediaman Norain di Kampung Padang Pusing, Pendang dekat sini hari ini.

Dua lagi yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 5.30 pagi di Kilometer 163 Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap itu ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian itu, Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya dikenal pasti sebagai Aaira Nur Saffiya, 2, cedera ringan, manakala isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, parah.