Hadi dicabar dedah perjanjian dengan Sarawak Report

Razali Idris
Razali Idris
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Bersatu Terengganu mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan perjanjian rahsia dibuat dengan Sarawak Report yang membawa saman fitnah parti itu menerima wang RM90 juta dari BN dimuktamadkan penyelesaian luar mahkamah.

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, walau apa juga alasan diberi Pas, beliau menganggap penarikan balik saman membawa maksud tersirat mengiyakan dakwaan Sarawak Report kerana portal itu tidak menarik semua artikel berhubung dakwaan berkenaan.

“Keputusan Pas membingungkan selepas mereka meminta ahli dan penyokong parti menyumbang untuk saman fitnahnya atas alasan demi maruah parti. Saman itu bertujuan untuk membuktikan bahawa Pas tidak mengambil apa-apa pemberian daripada Umno.

“Sekarang perkara itu diselesaikan di luar mahkamah, apa yang akan berlaku kepada RM2.1 juta yang disumbangkan oleh penyokong parti? Sekarang, Pas tidak dapat membuktikan bahawa segala tuduhan penerimaan wang dari Umno adalah fitnah,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya yang juga Ahli Dewan Negara, isu saman yang dibangkitkan Pas sebelum PRU14 kononnya atas dasar mempertahankan maruah hanya sekadar untuk meraih undi pilihan raya semata-mata.

Abdul Hadi sebelum ini mengambil tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London pada 21 April 2017.

Ia berkaitan laporan portal itu pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa pemimpin Pas menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.

Artikel Berkaitan: