X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada penonton buka peluang pelabur

Biarpun tidak dapat hadir ke stadium, orang ramai masih boleh menyaksikan perlawanan menerusi laman sosial. - Foto Perak TBG
A
A

ARAHAN kerajaan yang tidak membenarkan penyokong bola sepak hadir menyaksikan perlawanan di stadium, sebenarnya membuka ruang lebih besar bagi menarik pelabur.

Pemerhati bola sepak yang juga Pengarah Teknikal skuad PDRM, Fauzi Pilus berkata, penyokong bola sepak masih boleh mengikuti perlawanan yang sedang berlangsung menerusi televisyen atau secara live streaming menerusi platform media sosial seperti facebook, youtube dan sebagainya.

Menurutnya, tontonan menerusi platform-platform media sosial berkenaan juga dilihat sebagai satu teknik pemasaran dalam situasi seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 hari ini.

“Biarpun penyokong masih tidak dibenarkan untuk hadir ke stadium bagi menonton perlawanan bola sepak, namun mereka masih boleh menyaksikannya secara langsung di laman-laman sosial.

“Lagi pun, ia selaras normal baharu kehidupan kita hari ini dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 ini.

“Oleh itu, mahu tidak mahu, kita perlu menerima hakikat semua aktiviti termasuk sukan bola sepak perlu melalui proses normal baharu seperti ini,” kata Fauzi.

Katanya, usaha menyiarkan perlawanan menerusi sesi live streaming ini sebenarnya telah pun dilaksanakan di Eropah.

Namun, bagi saingan Liga-M sejak dua tahun kebelakangan ini telah pun dilaksanakan oleh pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selain menerusi laman facebook pasukan-pasukan yang beraksi.

“Menerusi sesi live streaming ini, penonton boleh menyaksikan perlawanan yang disiarkan di mana-mana sahaja asalkan memiliki talian internet yang baik.

“Secara tidak langsung, ia akan menarik syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memperluaskan lagi rangkaian talian masing-masing khususnya ke kawasan luar bandar yang tidak memiliki capaian internet yang baik.

“Semua pihak perlu terima normal baharu bola sepak dengan menonton di rumah bersama keluarga, rakan-rakan selain boleh membuat analisis sendiri; mungkin ‘kemeriahannya’ berkurangan berbanding menonton di stadium, tetapi itulah normal baharu kehidupan kita yang perlu diterima,” kata Fauzi lagi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!