LKIM lancar aplikasi, banding harga ikan di seluruh negara

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub melancarkan portal Risikan Harga Ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (Maha) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang hari ini. - Foto Bernama
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub melancarkan portal Risikan Harga Ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (Maha) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
SERDANG - Orang ramai boleh mendapatkan maklumat harga ikan terkini secara dalam talian menerusi aplikasi Risikan Harga Ikan yang dilancarkan hari ini, dengan matlamat membanteras pengambilan keuntungan secara berlebihan oleh orang tengah serta mengawal harga ikan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata aplikasi yang dilancarkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu dapat membantu pengguna membuat perbandingan harga bagi 20 spesies ikan terpilih secara harian di 55 pasar borong dan runcit seluruh negara.

"Selain menjadi platform untuk memudahkan orang ramai membandingkan harga ikan, aplikasi ini juga diharap dapat menjamin peniaga ikan untuk menjual pada harga yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan aplikasi tersebut pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (Maha) 2018 di sini hari ini.

Beliau berkata pengguna juga boleh melaporkan peningkatan harga ikan secara mendadak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi aplikasi itu.

Aplikasi Risikan Harga Ikan LKIM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Play Store.
Artikel Berkaitan:


Maha 2018, ekspo pertanian terbesar Malaysia, berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) bermula 22 November sehingga 2 Disember ini dengan tema 'Makanan Kita Masa Depan Kita'. – Bernama