Nisan tercabut, belindan pecah 'dibadai' arus

Hampir 100 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kubur Dato terjejas dan rosak selepas hujan lebat selama dua hari di Kampung Dalam Rhu, Tumpat.Gambar kecil:Rosli Mohd Noor, Rahim Jusoh dan Mohd Nor Harun
Hampir 100 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kubur Dato terjejas dan rosak selepas hujan lebat selama dua hari di Kampung Dalam Rhu, Tumpat.Gambar kecil:Rosli Mohd Noor, Rahim Jusoh dan Mohd Nor Harun
A
A
A

TUMPAT - Hampir 100 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kubur Dato terjejas dan teralih kedudukan serta rosak akibat dilanggar arus selepas hujan lebat dua hari berterusan di Kampung Dalam Rhu, di sini hari ini.

Menurut penduduk, kejadian disedari berlaku pada jam 7 pagi.

Penghulu Mukim Kubur Dato, Rosli Mohd Noor, 57, berkata, hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan takungan air seperti kolam di kawasan tengah-tengah tanah perkuburan seluas 16,000 meter persegi yang menempatkan 8,222 kubur.

“Air hujan yang banyak menenggelamkan kubur-kubur dan ada arus mengalir yang melanggar belindan-belindan hingga pecah serta rosak manakala batu nisan tercabut dan tumbang.

“Keadaan tanah turut mendap dan terhakis. Kejadian ini kali kedua berlaku selepas pertama kali pada 2017,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Air yang masih bertakung di dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Kubur Dato, Tumpat menenggelamkan belindan dan batu nisan akibat hujan lebat selama dua hari sejak kelmarin.
Air yang masih bertakung di dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Kubur Dato, Tumpat menenggelamkan belindan dan batu nisan akibat hujan lebat selama dua hari sejak kelmarin.

Beliau berkata, susulan itu penduduk kampung bergotong-royong membina alur air sementara dengan menggunakan kain kanvas.

“Kami bersihkan kawasan, membetulkan kedudukan belindan dan membina alur untuk laluan air sementara waktu bagi menggelak air terus melanggar kubur,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu seorang pesara, Rahim Jusoh, 61, menyatakan kesedihan atas kejadian itu berikutan melibatkan dua kubur ahli keluarganya iaitu Allahyarham bapanya, Jusoh Junoh dan Allahyarha adiknya, Yusri Jusoh.

“Ini kali kedua terjadi kepada kubur arwah bapa manakala kubur adik pula pertama kerana baru meninggal dunia pada September lalu.

“Kubur mereka terletak bersebelahan berhampiran pagar dan keadaan amat menyedihkan apabila separuh belindan kubur adik menggelongsor manakala sebahagian tanah di bawahnya dibawa arus,” katanya.

Penduduk mencangkul tanah membuat lorong bagi mengalirkan air keluar dari kawasan Tanah Perkuburan Islam Kubur Dato, Tumpat hari ini.
Penduduk mencangkul tanah membuat lorong bagi mengalirkan air keluar dari kawasan Tanah Perkuburan Islam Kubur Dato, Tumpat hari ini.

Dalam pada itu, penjaga kubur, Mohd Nor Harun, 55, memohon pihak berwajib membantu menyelesaikan masalah itu dengan segera kerana bimbang keadaan bertambah buruk dan menjejaskan kedudukan kubur yang masih ada di tempatnya.

Menurutnya, Tanah Perkuburan Islam Kubur Dato membabitkan jenazah daripada enam mukim yang terdiri daripada 10 kampung iaitu Bandar Tumpat Tanjung Kuala, Tanjung Che Mah, Kampung Besut, Kelong, Dalam Rhu, Kampung Baru Nelayan dan Kampung Pulau.

“Kubur paling lama di sini bertanda tahun 1029 manakala kubur sekarang sudah lapisan ketiga. Amat sedih apabila tengok keadaan belindan yang lintang pukang serta sudah tidak tahu mana-mana satu nisannya.

“Saya harap pihak berwajib datang membantu membina longkang atau parit untuk air mengalir lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh ini,” katanya.